Cawangan ini menjalankan pelbagai aktiviti pendidikan awam bagi membudayakan kesedaran keselamatan kebakaran kepada semua lapisan masyarakat. Ianya dilaksanakan di bawah aktiviti kempen keselamatan kebakaran yang merangkumi ceramah, demonstrasi, pameran, kawad pengungsian bangunan dan Mock Drill di seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Program dan aktiviti ini dijalankan mengikut kumpulan sasar di bawah penubuhan kumpulan seperti berikut:
Selain itu, cawangan ini juga telah dipertanggungjawabkan untuk menggerakkan Program “Satu Rumah 1 Alat Pemadam Api + Alat Pengesan Asap” (1RAPI) dan kempen kelamatan aktiviti di air di bawah Majlis Keselamatan Aktiviti di Air (MKAA) yang diterajui oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).