Codeig
MENGENAI BAS PAMERAN
MENGENAI BAS PAMERAN

Bas Pameran Bergerak JBPM Kuala Lumpur merupakan satu inisiatif Jabatan bagi menyampaikan mesej keselamatan kebakaran kepada seluruh lapisan masyarakat dengan lebih dekat. Melalui rekacipta luaran dan dalaman bas yang menarik, ianya boleh menarik minat masyarakat untuk berkunjung dan amat sesuai dipamerkan di program-program kemasyarakatan. Bahan dan kelengkapan kempen yang disediakan amat padat bagi memastikan pengisian slot ilmu pengetahuan berkaitan keselamatan kebakaran dapat disampaikan dengan lebih efektif.


Bas Pameran

Ruang Dalam Bas Pameran


Bahan-bahan Pameran

Antara bahan media yang dipamerkan adalah seperti berikut:

  • Poster Kempen Keselamatan Aktiviti di Air
  • Poster Menggunakan Live Saving Appliances (LISA)
  • Poster Peralatan Pemadaman
  • Poster Info Pertubuhan Pasukan
  • Poster Pengoperasian dan Unit Khas Jabatan
  • Poster Pakaian Seragam Jabatan
  • Poster Penguatkuasaan Akta Perkhidmatan Bomba 1988
  • Poster Keselamatan Jalan Raya dan Musim Perayaan
  • Poster Keselamatan Kebakaran di Dapur

Terdapat juga permainan interaktif bagi menarik minat dan meningkatkan kesedaran keselamatan kebakaran di kalangan pengunjung terutamanya kanak-kanak. Di samping itu pameran Diorama Rumah Selamat disediakan bagi pengunjung mengetahui tentang keselamatan kebakaran di kediaman.Selain itu pengunjung juga ditayangkan dengan video-video kempen dan keselamatan kebakaran terbitan CPKKA, BKK JBPM Kuala Lumpur antaranya Good Housekeeping, Langkah Menggunakan Alat Pemadam Api, Penyelamatan Mangsa Menggunapakai Teknik BLS, Langkah-Langkah Keselamatan Di Musim Banjir, Tips Keselamatan Kebakaran di Dapur dan Tips Keselamatan Kebakaran di Pusat Jagaan Kanak-Kanak.

Sambil menambah pengetahuan, pengunjung bolehlah bergambar di photobooth jentera bomba dan pakaian seragam Jabatan. Malah rekabentuk luaran bas juga menarik dan berinformasi sesuai untuk pengunjung bergambar.


Galeri Bas Pameran
Bas Pameran Bas Pameran Bas Pameran Bas Pameran Bas Pameran Bas Pameran