Codeig
Majlis Keselamatan Aktiviti Air (MKAA)

Penubuhan Majlis Keselamatan Aktiviti Air (MKAA) telah diluluskan oleh Jemaah Menteri pada 6 Januari 2016. Cadangan penubuhan MKAA adalah berikutan peningkatan kes kematian akibat lemas di air dan MKAA merupakan platform yang menyelaras antara pihak Kerajaan, NGO dan pihak berkepentingan dalam menjalankan usaha mengurangkan kejadian lemas di Malaysia.


Misi Penubuhan

Menggalakkan kesedaran keselamatan air secara holistik dan komprehensif merangkumi segenap lapisan masyarakat dan setempat.


Objektif Penubuhan
  • Meningkatkan kesedaran berhubung keselamatan aktiviti di air.
  • Menggalakkan rakyat mengamalkan budaya selamat ketika menjalankan aktiviti di air.
  • Memasti dan menggalakkan reka bentuk dan seni bina kawasan rekreasi air yang dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan.
  • Menyelaras pengumpulan data kejadian lemas yang bersepadu.

Fokus
  • Data dan penyelidikan.
  • Pendidikan, promosi dan publisiti.
  • Papan tanda, kejuruteraan dan penguatkuasaan.
  • Keselamatan dan penilaian risiko.

Inisiatif Bawah MKAA
  • Kempen dan Pameran Kesedaran Keselamatan Aktiviti di Air.
  • Modul Kesedaran Asas Keselamatan Aktiviti di Air.
  • Penyiaran Artikel Keselamatan Aktiviti di Air.
  • Hebahan Radio Keselamatan Aktiviti di Air.
  • Temubual Ekskusif Keselamatan Aktiviti di Air.
  • Latihan Secara Teori dan Praktikal.