Objektif Penubuhan Pasukan
- Skuad Bomba adalah satu medium penyampaian mesej dan maklumat berhubung aspek pencegahan dan keselamatan kebakaran kepada komuniti sekolah (pihak pengurusan, guru-guru dan pelajar).
- Untuk mewujudkan budaya pencegahan dan keselamatan kebakaran di kalangan komuniti.
- Untuk berkongsi pengetahuan mengenai tatacara pelepasan diri (penyelamat diri) atau pengungsian bangunan semasa kecemasan/kebakaran dan kaedah penyeliaan keselamatan kebakaran seperti mengamalkan good housekeeping di institusi.
- Langkah-langkah yang perlu diambil untuk bertindak sebagai first responder bagi memadam kebakaran di peringkat awal dalam kawasan institusi mereka.
Keanggotaan
Digalakkan kepada mereka yang berumur 15 tahun ke atas dan berikut adalah norma keanggotaan skuad bomba:
Bil. |
Jumlah Pelajar |
Bil. Keahlian |
1. |
100 orang atau kurang |
10 orang |
2. |
101 orang hingga 300 orang |
20 orang |
3. |
301 orang hingga 500 orang |
30 orang |
4. |
501 orang hingga 1,000 orang |
40 orang |
5. |
1001 orang atau lebih |
50 orang |
Aktiviti bersama ahli-ahli Skuad Bomba